Monday 2 October 2017

Habibur Rahman Cuba Sogok Syed Saddiq RM5 Juta !! Beranikah SPRM Bertindak ??





SYED Saddiq Syed Abdul Rahman mendedahkan beliau ditawarkan RM5 juta oleh "penasihat kanan perdana menteri" untuk meninggalkan parti Bersatu dan menyambung pengajiannya di Universiti Oxford.

Ketua sayap pemuda Bersatu itu berkata, tawaran RM5 juta berkenaan dibuat oleh "rangkaian sistematik dedak" yang dirancang penasihat kanan terbabit.

"Semua ini dirancang oleh penasihat kanan (Perdana Menteri) Najib Razak.

"Saya ditawarkan RM5 juta untuk tinggalkan Bersatu dan mengambil biasiswa ke Universiti Oxford.


"Saya tidak akan tinggalkan Bersatu dan akan terus di sini mendedahkan rangkaian sistematik dedak ini," katanya pada sidang media di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur.

Jelas Syed Saddiq, umpan RM5 juta itu termasuk geran untuk mendirikan sekolah debat di seluruh Malaysia.

Ditanya mengenai bukti tawaran umpan itu, Syed Saddiq berkata, beliau bukan cakap kosong kerana ada semua bukti operasi rangkaian yang disebutnya itu.

"Tentang tawaran dedak itu saya telah berbincang dengan peguam saya, kita mungkin akan melaporkan kes ini ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia."

Beliau turut menamakan penasihat kanan perdana menteri yang membuat tawaran sogokan RM5 juta itu. The Malaysian Insight sedang cuba mendapatkan komen daripada pegawai kanan itu.

Syed Saddiq juga mendakwa "rangkaian sistematik dedak" itu juga menjadi dalang yang sebelum ini menghubungi beberapa pemimpin Bersatu yang sudah meninggalkan parti itu.

"Sejak dari tahun lepas lagi rangkaian ugutan dan sogokan ini sudah dipratikkan. Ia bermula dengan ugutan melemahkan status kewangan individu tersebut, kemudian mereka juga menyerang orang terdekat seperti ahli keluarga dan sahabat handai."


Kerana itu kata Syed apabila jemputan sidang media yang bertempat di Hotel Seri Pan Pacific iaitu bersebelahan dengan ibu pejabat Umno, tersebar, beliau terpaksa berdiam diri untuk memastikan pendedahan mengenai sogokan didedahkan.

"Yang buat sidang media di sini sebenarnya saya tidak tahu menahu, mereka yang rancang buat di sini, saya mana ada duit untuk buat sini.

"'Malah saya diugut untuk hadir sidang media. Mereka ada juga letakkan orang mereka di sini (hotel) ," katanya.


Sambung 







Duhai Pengerusi SPRM yang Baru DILANTIK !!! Kami Rakyat Malaysia Mahu Melihat Sejauh Mana Kamu Berpegang Pada AMANAH YANG KAMU PEGANG !! Haq Kata Haq !! Batil Kata Batil !!! Amal Makruf Nahi Mungkar !!!

Bertindak atau kami rakyat ANGGAP KAMU SAMA SEPERTI NAJIB !!! 

2 comments:

  1. 🔥🔥

    *TAHNIAH*

    Apabila mendapat berita bahawa Syed Saddiq , Ketua ARMADA PPBM ingin mengadakan sidang akhbar di *SERI PACIFIC HOTEL KL* , saya sedikit terperanjat.

    Secara peribadi saya ada sedikit kerisauan terhadap sidang akhbar yang akan berlangsung , almaklum *SERI PACIFIC HOTEL* adalah "port" melepak group cybertrooper UMNO sama ada MyKmu atau Nadi Rakyat.

    Dan *SERI PACIFIC HOTEL* itu *BERSEBELAHAN DENGAN PWTC* , menambahkan kerisauan saya tentang sidang akhbar itu.

    Apabila semua telah selamat saya tidak lagi mahu bercerita tentang kerisauan saya , tapi saya hendak bercerita tentang susuk tubuh manusia yang telah mengadakan sidang akhbar tersebut.

    Perkara pertama saya nak katakan kepada Syed Saddiq adalah

    *TAHNIAH*
    *TAHNIAH*
    *TAHNIAH*

    Bukan kerana anda berani gitu sahaja , *TAPI*..... Anda telah *MENUNJUKKAN SATU CONTOH TAULADAN* kepada generasi anda dan juga rakyat Malaysia amnya.

    *RM5 JUTA* adalah satu jumlah yang banyak bagi umur sebaya anda , dan anda tidak terbelahak dengan *JUMLAH SOGOKAN WANG DAN BIASISWA* yang di tawarkan.

    Sekali lagi

    *TAHNIAH*
    *TAHNIAH*
    *TAHNIAH*

    Kepada AHLI ARMADA PPBM di luar sana , jadikan Syed Saddiq sebagai *IKON MELAWAN RASUAH* di dalam kehidupan seharian kamu semua.

    https://www.facebook.com/syed.saddiq.1/videos/10155235164679794/


    Kepada Syed Saddiq , teruskan jika anda ingin membuat report kepada SPRM , saya menyokong anda.

    Kepada KETUA-KETUA ARMADA NEGERI , BAHAGIAN , *SAYA CABAR ANDA JUGA MEMBUAT REPORT KE SPRM* sebagai *TANDA SOKONGAN ANDA KEPADA IKON ANTI RASUAH MALAYSIA* itu.

    Kepada *KETUA PESURUHJAYA RASUAH MALAYSIA* , Tan Sri Dzulkifli , anda saya cabar *TANGKAP DAN DAKWA* orang yang cuba merasuah Syed Saddiq.

    Kepada seluruh rakyat Malaysia , kita sama-sama tunggu , *WAYANG APAKAH YANG AKAN DI MAINKAN OLEH KETUA PESURUHJAYA RASUAH MALAYSIA* itu nanti.

    Kita tunggu dan lihat sama-sama adakah *KETUA PESURUHJAYA RASUAH MALAYSIA* itu seorang yang bersekongkol dengan kerajaan kleptokrasi atau dia sebenar-benarnya telus dan ada iman.

    *TUNGGU*

    *SHUKUR MOHAMAD*

    ReplyDelete
  2. Sekali lagi saye ucap tahniah kpd anak muda dari ppbm ini....ini menunjukkan bahawa bukan semua itu blh di beli....ternyata "Cash is King" tak blh gune pade semue orang.... Pihak sprm jgn berdiam diri akn hal ini....ayuh buktikan ketegasan tugas tanpa ade Double Standard...rakyat msia sedang melihat skrng!!!

    ReplyDelete