Wednesday 26 July 2017

Khairul Asri & Rozai, Siapa layak ganti Suraya di Sungai Tiang ?


Kali ini kami ulas sedikit tentang calon Dun Sungai Tiang di Pendang bagi pilihanraya umum ke 14 nanti. 

Bagi BN mengekalkan kuasa mereka di Dun  ini haruslah meletakan calon yang punya pengalaman dan dekat dengan rakyat. 



Setelah melihat YB Dato Suraya terpalit dengan palbagai isu-isu dan perubahan hidup Suraya yang sudah seperti artis barat dan jarang turun ke kawasan maka Sungai Tiang wajib menerima pemimpin baru dan lebih prihatin dengan rakyat. 

MUHAMMAD KHAIRUL ASRI BIN PUBIN

Orang muda yang terlalu pemurah... nama Khairul Asri kini kian meniti dibibir-bibir pemimpin akar umbi Umno di Pendang terutama Dun Sungai Tiang.



Mana tidaknya, orang yang jumpa beliau terutama pemimpin di kampung-kampung pastinya akan dapat 'sumbangan' duit ringgit. Sikap pemurah ini tentunya boleh mempengaruhi sokongan akar umbi pada beliau. 

Golongan muda belia pula akan dapat apa yang mereka mohon dari orang muda ini, mudah didekati tetapi sudah mula ada cakap-cakap bahawa beliau meminta orang yang beliau beri sumbangan supaya menyokong beliau tapi persoalannya kenapa Khairul Asri mahu mereka menyokong dan untuk apa ? Calon Pengerusi Cawangan ? Calon Ketua Pemuda Umno ? atau Calon PRU14? Jawapannya pada Khairul sendiri ... cuma kami terfikir lepas beliau memberi kenapa pula minta sokongan adakah ia berbentuk rasuah ? 

Khairul Asri nampaknya bukan calon yang sesuai buat masa ini. 

Ketua Bahagian Umno Pendang/Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah

Setelah menilai 3 calon BN iaitu YB Dato Suraya , Khairul Asri dan Dato Paduka Md Rozai Shafian kami rumuskan bahawa Ketua Bahagian Umno Pendang merangkap Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah Dato Paduka Md Rozai Shafian ini  layak untuk kembali mengambil tempat beliau di Sungai Tiang. 

Untuk rekod Md Rozai Shafian pernah menjadi wakil raykat di Sungai Tiang, Kedah dalam Pilihan raya umum Malaysia 1999. Beliau menang selesa dengan majoriti 2,530 undi.

Tetapi ada tangan-tangan gelap mencalonkan beliau di Parlimen Pendang pada 2004 dan akhirnya beliau tewas kepada calon Pas  kerana itu bukan kerusi yang harus beliau duduk. 

Rekod cemerlang beliau di Sungai Tiang harus dikekalkan dan rakyat sendiri melihat bagaimana Rozai cemerlang dalam mentadbir BN Kedah dan sering menjadi 'Panglima BN' dalam pilihanraya. 

Rozai juga amat baik hubungan dengan kepimpinan akar umbi sejak dahulu. 

Maka kami rumuskan Dato Paduka Md Rozai Shafian paling layak menentang Calon Pakatan Harapan di Sungai Tiang. 


No comments:

Post a Comment