Sunday 5 March 2017

Litar Kedah : 7 Soalan Untuk Bashah Jawab




Litar Lumba Kedah.

7 Soalan Untuk Ahmad Bashah Jawab Sebelum Majlis Pecah Tanah.

1.PM umum peruntukan RM30 juta untuk bina litar lumba Kedah. Ke mana wang itu akan disalurkan? Ke KBS, Kerajaan Negeri, akaun khas atau MBI?

2.Kalau bukan SIC, yang merupakan sebuah syarikat di bawah MOF, siapa yang akan menjadi penasihat utama di dalam pembinaan litar ini nanti?

3.Sebagai sebuah Negeri yang banyak bergantung kepada hasil pertanian, macam mana litar lumba bertaraf lokal ini akan membantu meningkatkan hasil pendapatan Negeri, sekiranya tiada aktiviti perlumbaan berprestij diadakan bagi menjana pendapatan yang lebih besar untuk Negeri?

4.Selepas litar ini dibina, siapa yang akan menjadi pemiliknya? Adakah KBS, Kerajaan Negeri, MBI atau mungkin Perbadanan Stadium Negeri Kedah?

5.Apakah akan ada proses tender bagi pembinaan litar ini nanti atau ianya akan dibuat secara rundingan terus?

6.Sudahkah dibuat Feasibility Study (FS) atau Kajian Dayamaju ke atas tapak yang dicadangkan untuk dibina litar tersebut? Kalau sudah,bolehkah anak-anak muda Kedah melihatnya?

7.Mengapa Exco Belia & Sukan Kedah membisu dalam perkembangan pembinaan litar lumba ini?

Jawab dahulu soalan-soalan ini.
Agar anak-anak muda Kedah tidak terus dibohongi.

Nanti kita cerita lagi.
Sebab banyak lagi yang belum diketahui.




Berani Kerana Benar!

No comments:

Post a Comment