Saturday 11 March 2017

Gara-gara Diperintah Oleh Penyamun



Kita akui bahawa suatu ketika dahulu UMNO-BN telah membangun dan memaju negara Malaysia. Tapi itu dahulu lah. Malaysia dahulu dikenali sebagai Asian Tiger. Tetapi sekarang Malaysia dikenali seluruh dunia sebagai negara rasuah yang tertinggi. Juga ia didakwa diperintah oleh seorang kleptokrat, iaitu pemerintahan penyamun dan penyangak yang mencuri duit rakyat.

Pentadbiran dan pembangunan Malaysia sekarang ini dipandang jijik dan tidak lagi sebagai contoh kepada negara lain. Kita sekarang ini mempunyai Perdana Menteri yang takut hadir di PBB kerana akan disoal tentang jenayah yang dilakukan olehnya.

Pada masa yang sama, didalam negara pula Najib dan macai-macainya dianggap oleh rakyat kebanyakkan sebagai pengkhianat kepada bangsa Malaysia dan negara. Duit kerajaan habis diguna untuk pembelian sokongan untuk mengekalkan pengaruh dibawah matlamat Cash is King.


Sesungguhnya nama baik UMNO-BN sudah dicemar sehingga beralih kepada nama yang dibenci oleh rakyat dan dipandang hina oleh dunia. Sebut sahaja UMNO, amat jijik sekali. UMNO dahulu yang membangunkan negara dan UMNO jugalah yang bertanggungjawab merosakkan negara ini yang hari ini dikenali dunia sebagai kleptokrasi pimpinan penyangak dan pencuri yang memberi nama yang amat buruk kepada Malaysia diseluruh seantero dunia.

UMNO-BN ini adalah pengkhianat kepada bangsa Melayu terutamanya dan kepada Malaysia amnya. Penyokong-penyokong Najib, samada dibeli atau tidak oleh Najib, tidak kurang dari mengkhianati bangsa dan negara. Diperingkat akar umbi dan juga segelintir pemimpin sudah ramai yang meninggal UMNO.

Like page The Hope

\\\\\\\\\\ The HOPE //////////

No comments:

Post a Comment